JAKIM – Froyo llao llao Kini Peroleh Sijil Halal
Untuk semua peminat llaollao, jenama yogurt asli Sepanyol yang terkemuka ini sudah disahkan halal! Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan bahawa semua produk llaollao, serta kaedah penyediaan dan sumber ramuannya, sesuai untuk dimakan oleh umat Islam mengikut ajaran Islam. Kini anda boleh menikmati froyo tanpa was-was!
Sejak penubuhannya pada 2009, llaollao telah menyediakan peminat froyo menu alternatif yang lebih sihat, berkrim dan lebih sejuk. Kini, pelanggan Islam di Malaysia boleh menikmati froyo sihat kegemaran mereka dengan pelbagai topping yang lazat, termasuk buah-buahan yang baru dipotong, topping rangup dan sos lazat yang diimport terus dari Sepanyol.
“Kami ingin menekankan berkenaan dengan pembukaan cawangan llaollao dan memutuskan untuk peroleh pengesahan Halal keran hal ini menunjukkan, sejauh mana kami melabur dalam Malaysia untuk mengekalkan kepuasan dan integriti pengguna serta kredibiliti produk kami,” kongsi Woodpeckers Group Sdn Bhd dan pemegang francais induk CEO llaollao Malaysia Tan Kai Young.
Pensijilan halal ini merupakan pencapaian penting bagi llaollao kerana tahun 2022 menandakan tahun ketujuh jenama itu dalam pasaran makanan dan minuman Malaysia sejak pembukaan awalnya di Pavilion Kuala Lumpur pada tahun 2015.
Setakat ini, llaollao telah memohon 7 permohonan halal baharu, termasuk 31 cawangan llaollao di seluruh negara. Secara keseluruhan, 40 cawangan llaollao telah berjaya didaftarkan di bawah sistem MyEHalal serta permohonan Halal tambahan kepada 40 hingga 48 lagi cawangan mereka menjelang akhir 2022, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mendapatkan sijil Halal adalah kemuncak usaha kami untuk menggembirakan pelanggan dalam menghadapi peningkatan permintaan terhadap makanan dan produk Halal, yang kami utamakan sejak dibuka. Kami melihat ini sebagai langkah pertama untuk kami terus mengembangkan jenama itu ke seluruh Malaysia dan mengekalkan kedudukan peneraju kami dalam pasaran,” tambah Tan.
Sumber rujukan: https://www.havehalalwilltravel.com/llaollao-halal