KENAPA PERLUNYA HALAL DALAM INDUSTRY F&B?
Secara global, terdapat 1.7 bilion orang muslim manakala di Malaysia, populasi umat Islam adalah sebanyak 63.5% penduduk. Hal ini menunjukkan, jumlah umat islam akan memberi kesan kepada permintaan produk halal yang tinggi. Berasaskan kepada potensi ekonomi yang menguntungkan ini, kerajaan Malaysia mementingkan ‘Halal’ dalam industri F&B.
Pensijilan halal dikendalikan oleh pihak yang berautoriti iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengesahkan sesuatu produk menepati konsep dan garis panduan halal haram dalam islam. Halal itu sendiri bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pengguna Islam mengenai status halal sesuatu produk baik berupa makanan atau lain-lainnya. Selain itu, logo halal juga memainkan peranan penting untuk memastikan bahawa kualiti halal terjamin.
Oleh itu, pensijilan halal dalam industri F&B juga akan memeriksa perkara-perkara seperti pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan produk makanan. Ini adalah untuk memastikan bahawa bukan sahaja halal tetapi juga selamat, bersih, berkhasiat dan berkualiti.
Perniagaan makanan di Malaysia sangat berpotensi, dan memulakan perniagaan yang diperakui Halal adalah salah satu cara jaringan yang meluas dari segi memastikan pangkalan pelanggan dan dapat menarik seramai mungkin pelanggan, adalah penting perniagaan diperakui mengikut piawaian Halal.
Selain perniagaan restoran, perniagaan berikut di Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pensijilan Halal:
- Barangan pengguna & penjaan diri
- Kosmetik
- Logistik
- Farmasi
- Hotel
Mempunyai pensijilan halal adalah serupa dengan kelulusan piawaian pengurusan yang baik seperti ISO. Mempunyai pensijilan halal bermakna produk tersebut berkualiti. Oleh itu, jika anda adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri F&B, mempunyai persijilan halal adalah suatu kelebihan bagi anda!