|

Pasukan Audit dihantar Untuk Isu Halal Daging Import – Australia.

IPOH: Kerajaan mengambil berat tentang isu pemprosesan makanan halal daging yang diimport dari Australia.

Jakim sentiasa bertanggungjawab dalam memastikan makanan yang dibawa masuk ke Malaysia halal dan suci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Oleh itu, pasukan audit halal Jakim dihantar bagi melakukan pemeriksaan di semua loji sembelihan di Australia yang membekalkan daging ke Malaysia, pada bulan lepas.

“Pasukan audit ke sana pada bulan lepas kerana isu halal haram sangat penting apabila melibatkan soal makanan dan akan menjadi darah daging kita”. Oleh sebab itu, pihak Jakin bertindak untuk menangani isu ini.

“Sijil perakuan halal yang dikeluarkan Jakim adalah yang paling ketat di dunia. Walaupun ada desakan supaya nak longgarkan (syarat permohonan), kita kata tidak,” katanya.

Kerajaan telah memberi penjelasan berkenaan dengan pendedahan isu daging yang diimport dan diproses dari pusat penyembelihan di Australia adalah cara yang tidak halal berhubung dengan desakan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ulas Idris.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mendakwa tiada tindakan daripada Jakim.

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), mendakwa bahawa Jakim tidak mengambil peduli mengenai isu itu selain Menteri bertanggungjawab didakwa cuba berdolak-dalih dalam isu yang sama.

“Kita cuba minta (peruntukan) lebih sedikit pada tahun ini, dan kita harapkan ia dapat diluluskan. Walau bagaimanapun ia tetap tertakluk kepada kemampuan dan keputusan Kementerian Kewangan,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Sumber Rujukan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/daging-import-kerajaan-tak-senyap-isu-halal-jakim-hantar-pasukan-audit-ke-australia-idris-378946

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *