ISU HALAL HARAM MAKANAN SEMASA MENGIKUT PERSPEKTIF AL-QURAN
Al-Quran merupakan sumber dominan yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan bagi kehidupan manusia dan dijadikan sebagai panduan asas dalam penentuan halal haram khususnya produk makanan dan barangan pengguna umumnya.
Di antara aspek yang dibincangkan oleh para sarjana hukum, isu sembelihan yang tidak disembelih dengan alat yang tajam, haiwan disembelih tidak putus urat, mati sebelum disembelih, persekitaran sembelihan yang kotor, serta isu penyembelih yang bukan Islam menyembelih untuk orang Islam melibatkan haiwan yang disembelih tersebut tidak mengikut syarak dan tidak cukup sifat.
Dalam kemajuan penghasilan produk makanan kini, pelbagai isu telah timbul antaranya isu halal-haram. Kebanyakan isu ini timbul adalah kerana sumber bahan mentah seperti haiwan, lemak, darah dan derivatifnya didapati dengan harga murah berbanding dengan barang yang lain.
Proses penyembelihan sangat dititikberatkan untuk menentukan pemakanan tersebut halal atau haram. Oleh sebab itu, hal ini menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan pengguna untuk memastikan kesuciannya jika industri pemprosesan makanan menggunaan alatan teknologi dalam penyembelihan haiwan.
Di era teknologi kini, banyak perusahaan peternakan yang menggunakan mesin untuk menyembelih haiwan. Umumnya, haiwan yang disembelih secara mekanik akan dipengsankan terlebih dahulu dengan cara dipukul pada titik tertentu, atau menggunakan elektrik dengan ukuran voltan tertentu.
Haiwan yang disembelih dengan alat pemotong mesin hukumnya diperbolehkan dan halal. Selama mesin tersebut berupa alat tajam yang bisa memutus halqum atau saluran keluarnya nafas, dan juga bisa memutuskan urat marih atau saluran makanan dan minuman, maka sembelihan itu dihukumi sah dan daging haiwan tersebut halal dimakan.
Sebagai pengguna Muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal adalah satu kefardhuan sebagai kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya memilihi makanan yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak, kecuali ketika darurat.
Dalam perbendaharaan al-Quran, saranan untuk memilih makanan yang jelas di nukilkan beberapa kali di dalamnya sama ada dari segi konsep, kriteria dan contoh berkaitan halalan dan tayyiban. Allah SWT berfirman: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, 2: 168)
Source:
Syarat Halalnya Hewan Sembelihan – KonsultasiSyariah.com
10 Syarat Halalnya Sembelihan – KonsultasiSyariah.com
PanduanMakananHalalHaramMenurutPerspektifAl-Quran.pdf
Hukum Daging Sembelihan Secara Mekanik, Halalkah? | Bincang Syariah
Hukum Memakan Sembelihan Non Muslim – DalamIslam.com
Ensiklopedia Muslim (موسوعة المسلم): BINATANG YANG HALAL DAN HARAM